Accessibility Tools

Soalan-Soalan Lazim (FAQs)

Dapatkan penjelasan ringkas dan tepat bagi soalan-soalan lazim berkaitan LINDUNG KERJAYA, kehilangan pekerjaan dan peranan PERKESO di Malaysia.

BM-FAQ Type Tabs
Permohonan

Bagaimanakah caranya untuk membuat permohonan kehilangan pekerjaan di bawah LINDUNG KERJAYA?

Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman sesawang rasmi LINDUNG KERJAYA (eis.perkeso.gov.my).

Rayuan

Sekiranya permohonan saya ditolak, adakah saya dibenarkan untuk membuat rayuan?

Sebarang kes permohonan Sistem Insurans Pekerjaan (LINDUNG KERJAYA) yang telah ditolak, boleh membuat rayuan kepada Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (JRKS) dengan mengemukakan borang permohonan JR1 ke alamat berikut:

Urus Setia, Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial, Tkt 11, Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang, 50538 Kuala Lumpur.

Teknikal

Sekiranya saya terlupa kata laluan, apa yang perlu saya lakukan?

Sekiranya anda terlupa kata laluan, sila gunakan fungsi “Lupa Kata Laluan” di halaman log masuk Portal SIP.

Latihan

Bagaimanakah caranya untuk saya menyertai latihan yang disediakan oleh Penyedia Latihan di bawah LINDUNG KERJAYA?

Bagi pemohon yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan dengan melayari laman web rasmi MyFutureJobs (myfuturejobs.gov.my) atau menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan anda untuk bantuan.

Faedah

Apakah itu Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)?

Elaun ini menyediakan gantian pendapatan bagi individu yang kehilangan pekerjaan, di mana penerima yang layak akan menerima elaun untuk tempoh tiga hingga enam bulan. Tempoh bayaran faedah ini tertakluk kepada Syarat Kelayakan Caruman (CQC) dan pemohon diwajibkan untuk aktif mencari pekerjaan sepanjang tempoh penerimaan faedah tersebut. Tuntutan susulan hendaklah dikemukakan secara bulanan menerusi laman web rasmi LINDUNG KERJAYA (eis.perkeso.gov.my)

Am

Apakah itu Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)?

Sistem Insurans Pekerjaan (LINDUNG KERJAYA) telah ditubuhkan pada 1 Januari 2018 untuk menyediakan penggantian pendapatan kepada Orang Berinsurans (OB) yang kehilangan pekerjaan. SIP ini diuruskan sepenuhnya oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Kelayakan

Siapakah yang layak untuk membuat tuntutan di Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)?

  • Kewarganegaraan : Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan pemastautin tetap atau sementara yang bekerja di sektor swasta atau domestik.
  • Had Umur : Pekerja berumur 18 hingga 60 tahun (kecuali individu berumur 57 tahun ke atas yang tidak pernah mencarum sebelum ini).
  • Kriteria Kehilangan Pekerjaan : Individu yang memenuhi kriteria kehilangan pekerjaan di bawah akta yang ditetapkan.
  • Syarat Kelayakan Caruman : Mempunyai jumlah caruman minimum yang mencukupi dalam tempoh yang ditetapkan.
Tuntutan

Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan faedah di Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)?

  • Salinan Kad Pengenalan (hadapan dan belakang)
  • Dokumen Penamatan Kontrak Perkhidmatan
  • Penyata gaji bagi enam (6) bulan terakhir sebelum kehilangan pekerjaan
  • Salinan penyata akaun bank persendirian
Faedah

Apakah itu Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)?

Elaun ini merupakan insentif kewangan yang berupa gantian kepada baki EMP yang layak dan belum dibayar bagi OB yang telah melapor diri ke tempat kerja yang baharu.. Kadar bayaran yang ditetapkan adalah sebanyak 50% daripada baki EMP yang belum dibayar dan akan dikreditkan secara pukal. Sekiranya telah kembali bekerja, tuntutan boleh dilakukan dengan memuatnaik salinan tawaran pekerjaan yang baharu menerusi laman web rasmi LINDUNG KERJAYA (eis.perkeso.gov.my)

Kelayakan

Adakah Pemastautin Tetap dan Pemastautin Sementara layak untuk membuat permohonan di bawah LINDUNG KERJAYA?

Pemilik MyPR (Pemastautin Tetap) dan MyKAS (Pemastautin Sementara) layak untuk membuat permohonan di bawah LINDUNG KERJAYA.

Loading

Tiada keputusan dijumpai

Cuba gunakan kata kunci yang berbeza atau pilih kategori lain.