Accessibility Tools

dengan PERKESO

Jaringan keselamatan sosial yang komprehensif melalui penggantian pendapatan dan membantu anda untuk kembali ke dunia pekerjaan

PERKESO dapat membantu anda semasa kehilangan pekerjaan

Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) bertujuan untuk menyediakan bantuan kewangan segera kepada pencarum yang Kehilangan Pekerjaan (LOE), disamping membantu mereka mendapat pekerjaan baharu melalui Program Penempatan Pekerjaan Semula (REPP) dan meningkatkan kebolehpekerjaan melalui latihan vokasional yang komprehensif.

Syarat-syarat kelayakan

Semak syarat asas yang perlu dipenuhi untuk layak menerima faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).

Semak kelayakan anda untuk menerima Faedah SIP

1

Kewarganegaraan dan Taraf Pemastautin

Warganegara Malaysia/ pemastautin tetap (PR)/ pemastautin sementara (TR) yang bekerja di sektor swasta atau pekerja domestik.

2

Had Umur

Pekerja berumur 18 hingga 60 tahun (kecuali individu berumur 57 tahun ke atas yang tidak pernah mencarum sebelum ini).

3

Pendaftaran di bawah Akta 800

Pekerja hendaklah berdaftar di bawah Akta 800.

4

Syarat Kelayakan Caruman

Memenuhi jumlah caruman minimum dalam tempoh yang ditetapkan.

5

Kriteria Kehilangan Pekerjaan

Individu yang memenuhi maksud kehilangan pekerjaan di bawah Akta 800.

6

Bersedia untuk kembali bekerja

Boleh, bersedia dan aktif mencari pekerjaan.

JSA-icon-framed

Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)

Elaun yang diberikan kepada pemohon secara bulanan dalam tempoh pencarian pekerjaan
Elaun dibayar bagi tempoh 3 hingga 6 bulan. *tertakluk kepada terma dan syarat*
Tempoh kelayakan berdasarkan jumlah caruman pemohon.
Kadar bayaran ditetapkan pada 80%, 50%, 40%, 40%, 30% dan 30% masing-masing mengikut bulan kelayakan.
Contoh dokumen sokongan : Bukti permohonan pekerjaan.
ERA-icon-framed

Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)

Elaun bagi pekerja yang kembali bekerja semula awal dalam tempoh menerima Elaun Mencari Pekerjaan (EMP).
Orang Berinsurans (OB) telah menerima tawaran pekerjaan daripada majikan dan melaporkan diri.
Bayaran adalah secara pukal sebanyak 25% daripada baki EMP yang belum dibayar.
Contoh dokumen sokongan : Surat tawaran pekerjaan
RIA-icon-framed

Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)

Elaun kepada Orang Berinsurans (OB) yang mempunyai lebih daripada satu majikan dan telah kehilangan satu atau lebih pekerjaannya.

Orang Berinsurans (OB) tidak layak untuk menerima Faedah Latihan

Bayaran adalah secara pukal (one-off)

Kadar bayaran adalah berdasarkan jumlah kelayakan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)

JSA-icon-framed

Elaun Bantuan Mobiliti (EBM)

Elaun kepada Orang Berinsurans (OB) yang perlu berpindah untuk melapor diri setelah menerima tawaran pekerjaan baharu.
Kehilangan pekerjaan di bawah tafsiran Akta 800.
Jarak 100km dari tempat tinggal ke tempat kerja baharu.
Kadar bayaran RM1,000 secara pukal (one-off).
Contoh dokumen sokongan : Surat tawaran pekerjaan baharu
ERA-icon-framed

Bayaran Faedah kepada Orang Tanggungan (BFOT)

Bayaran baki faedah kepada Orang Tanggungan (OT) sekiranya Orang Berinsurans (OB) telah mati/koma/tidak sempurna akal.
Dibayar kepada salah seorang Orang Tanggungan (OT).
Tuntutan perlu dikemukakan oleh Orang Tanggungan (OT).
Bayaran mengikut jumlah baki tuntutan faedah SIP yang layak.
Contoh dokumen sokongan : Salinan kad pengenalan Orang Tanggungan, sijil kematian, sijil perkahwinan, Sijil lahir dan akaun bank.
TA-icon-framed

Elaun Latihan (EL)

Elaun dibayar kepada OB yang menghadiri latihan.

Permohonan kehilangan pekerjaan (LOE) telah diluluskan kecuali penerima EPB.

Menghadiri latihan yang disediakan oleh penyedia latihan yang berdaftar dengan PERKESO.

Kadar bayaran RM10-RM20 sehari mengikut jumlah hari menghadiri latihan.

TF-icon-framed

FI Latihan (FL)

FI Latihan ditanggung oleh PERKESO bagi latihan yang diberikan kepada OB.

Dibayar terus kepada Penyedia Latihan.

Fi Latihan termasuk makanan dan bahan latihan.

Kadar bayaran sehingga maksimum RM 4,000.

RIA-icon-framed

Perkhidmatan Pekerjaan dan Kerjaya Kaunseling

Memberi sokongan untuk meningkatkan peluang penempatan pekerjaan dan kaunseling kerjaya.

Berdaftar melalui portal MYFutureJobs

Memerlukan perkhidmatan sokongan pekerjaan

Mematuhi semua arahan dan garis panduan yang ditetapkan oleh PERKESO

Perkhidmatan dan sokongan percuma untuk memudahkan penempatan pekerjaan dan kaunseling kerjaya.

Peluang pekerjaan yang berpadanan dengan kemahiran yang relevan, melalui padanan kemahiran berasaskan AI.

Hebahan Karnival Kerjaya atau Program Temuduga melalui notifikasi emel, sosial media dan Landing Page MYFutureJobs.

Bimbingan kaunseling kerjaya dan perkhidmatan sokongan individu untuk membantu dalam peningkatan kerjaya.

Anda juga boleh mengakses MYFutureJobs pada bila-bila masa dan di mana sahaja menggunakan Aplikasi MYFutureJobs di telefon pintar anda sekarang!

Testimoni

Maklum balas Orang Berinsurans (OB) yang pernah menerima Faedah LINDUNG Kerjaya

Suntikan semangat yang benar-benar membantu
❝ Bukan sahaja bantuan kewangan, malah bimbingan yang diberikan benar-benar membantu saya untuk temu duga seterusnya ❞
Nurul Izzah
(25 years old)
Kerani Pentadbiran,
dari Johor
Mudah dan pantas
❝ Proses permohonan sangat mudah dan pantas. Bantuan kewangan diterima tepat pada masanya. ❞
Muthu Kumar
Pekerja logistik,
dari Melaka
Kemahiran baharu, pekerjaan lebih baik
❝ Terima kasih kepada program latihan semula di bawah SIP, saya kini mempunyai kemahiran baru dalam bidang pemasaran digital dan telah mendapat pekerjaan yang lebih baik. ❞
Sarah Lim
(32 years old)
Eksekutif Pemasaran,
dari Malaysia
Sokongan ruang bernafas
❝ Bantuan ini memberi saya ruang bernafas sementara mencari kerja baru. Saya tidak merasa tertekan dengan komitmen bulanan. ❞
Ahmad Zaki
(29 years old)
Jurutera Mekanikal,
dari Malaysia