Accessibility Tools

Latihan TVET & Pensijilan
29 Apr 2026

test

Ambil tahu 4 situasi utama yang menyebabkan permohonan faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) tidak dapat dipertimbangkan:

1️⃣ Peletakan Jawatan Secara Sukarela: Sekiranya anda meletak jawatan untuk berehat atau berpindah ke syarikat lain, anda tidak layak menuntut faedah SIP kerana situasi ini tidak dianggap sebagai kehilangan pekerjaan luar jangkaan.

2️⃣ Salah Laku Tidak Wajar: Pekerja yang diberhentikan atas sebab salah laku yang jelas tidak layak menerima faedah SIP, terutamanya melibatkan perbuatan berkaitan jenayah, seperti kecurian, penipuan, pecah amanah, pemalsuan dokumen, rasuah, penyalahgunaan harta atau dana syarikat, ugutan, keganasan atau gangguan seksual.

3️⃣ Persaraan Wajib: Apabila anda telah mencapai had umur persaraan yang ditetapkan dalam kontrak perkhidmatan atau mengikut undang-undang.

4️⃣ Penamatan Kontrak Mengikut Tempoh: Jika kontrak perkhidmatan tamat seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian asal dan tidak diperbaharui oleh majikan.

Ketahui syarat kelayakan supaya hak anda terjamin. ✅

#PERKESOPrihatin #PERKESOLINDUNGSemua #LINDUNG #iLINDUNGu #LINDUNGKerjaya #JapJanganPanik