Accessibility Tools

Panduan Lengkap Permohonan Faedah SIP

Ketahui langkah demi langkah permohonan faedah kehilangan pekerjaan di bawah LINDUNG KERJAYA serta syarat kelayakan dan dokumen yang diperlukan.

PANDUAN PERMOHONAN FAEDAH SIP

Ikuti empat (4) langkah mudah di bawah untuk menghantar permohonan anda secara dalam talian.

01

Langkah 1 : Pendaftaran Akaun

Daftar akaun di Portal Faedah SIP menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan.

02

Langkah 2: Lengkapkan Borang Permohonan

Lengkapkan borang permohonan dengan mengisi maklumat berkaitan kehilangan pekerjaan secara lengkap, tepat dan sahih.

03

Langkah 3: Muat Naik Dokumen Permohonan

Muat naik dokumen berikut:

  • Salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang)
  • Surat atau bukti penamatan pekerjaan
  • Penyata gaji bagi enam (6) bulan terakhir sebelum kehilangan pekerjaan
  • Salinan penyata akaun bank persendirian

04

Langkah 4: Semak & Hantar

Semak semua maklumat sebelum menghantar permohonan. Status permohonan boleh disemak dengan log masuk semula ke Portal Faedah SIP.